Sejuk Hati ..

Alhamdulillah .. pagi ini kami sekeluarga berpagi pagian.. impian saya tercapai pagi ini setelah sekian lama impian ini tertanam jauh nun di sudut hati saya.. what is it ye? hmm.. This morning i prayed subh with Daddy, and my first daughter, Aalaa’… Allahuakbar, nangis saya didalam sujud subuh saya.. berair mata saya terlalu gembira berada didalam jemaah subuh …

Usai azan subuh di masjid belakang rumah, Daddy mengejutkan Mummy dan Aalaa’ untuk subuh. Awal daddy bangun, mungkin solat sunat sblm waktu subuh ..Alhamdulillah. Amazingly, Aalaa’ was soooo happy to wake up at that hour for Subh! When daddy woke her up ” Kakak, jom solat subuh” … Kakak dengan mudah sekali bangun dan tersenyum lebar, gembira sgt kerana di ajak solat..Allahuakbar… Malu saya dengan anakanda puteri sulung..mana taknya, kadang kadang Mummy nya ni bleh tahan gak la marah kalau di kejutkan seawal itu :p bahahahhaha..kalah iman Mummy nak oi… She straight away amik wudhu .. terus dia bentang kan 3 sejadah di ruang solat kami.. dan duduk bersila di atas sejadah sambil menunggu Mummy nya yang terkial kial nak amik wudhu nak gosok gigi nak shee shee bagai ni hahahahha :p Bila Mummy bangun, si puteri bongsu, Aula pon sama la bangun.. sambil menunggu Mummy yang terkial kial ni, Daddy melayan si puteri bongsu.. dan diletakkan di hujung saf didalam buaian “aquarium” hihihi..

Takbir sahaja sudah meluluhkan hati saya.. Allahuakbar, besar sungguh nikmatMu pagi ini Allah.. Kau beri peluang pada diri ku yang dhaif ini menikmati keindahan Iman .. bersolat jemaah bersama buah hati.. Kakak Aalaa’ khusyuk solat, mmg dapat dengar bacaan solat nya PERFECTO Alhamdulillah… semakin aku menghayati bacaan Fatihah didalam solat ku, semakin aku menghayati setiap bait yang aku ucapkan dalam solat subuh tadi, terus ia menembusi hati aku yang agak hitam ini..sehingga menitiskan air mata di dalam sujud subuh ku yang terakhir pagi tadi..

oh Allah terima lah ibadah kami yang tidak seberapa ini. Bantu lah kami sekeluarga, peliharalah kami sekeluarga dari azab api neraka Mu… bukalah pintu rezeki kami kepada rezeki yang Kau redhai .. ameen..

5 tahun saya menanti saat anak sulung saya mampu bersolat .. solat tanpa disuruh, 4 tahun saya menunggu dia pandai membaca Alquran dengan sendiri.. 3 tahun sy menunggu dia menghafaz surah surah lazim..Alhamdulillah, pengorbanan sy terbayar pagi ini.. anak sulung saya dapat menguasai semua nya dari segi agama.. sekarang sy perlu berusaha mengukuhkan keadaan ini..maintain kan keadaan ini… yang bahagian nak maintain ni la yang paling susah ..tp insyaAllah di permudahkan.. kalau dulu sy menangis bila sy suruh dia solat dan dengan selambanya dia kata “TAK MAU!” ahhaha..weh risau gak la kan, masa tu kita pikir la, betul ke gaya aku didik? betul ke aku ni keje smpi lupa nak suh dia cintakan solat? aku ke yang terlupa nak solat smpi dia kata tak mau.. pernah ke aku kata TAKMAU solat depan anak anak? bahaya bahaya..tp ye la budak kan, mana dia tau.dia main cakap je tak mau, otak belum recognise lagi hahaha… . tp kita sebagai ibu bapa tak boleh ambil enteng tentang semua tu … kita mesti usaha, dengan berdakwah …we call it DAKWAH BIL HAL.. dakwah melalui perbuatan..kita yang jgn tinggal solat!!! kita yang mesti mengaji!! kita yang mesti menghafal! …Islam dalam jiwa manusia bermula dari pendidikan ibu bapa dirumah! besar ROLE kita sebagai parents..sedar la wahai parents… kuatkan la benteng ISLAM didalam jiwa anak anak … kita sudah di akhir zaman… tak lama dah kita ini…

Meniaga niaga gak.. ingat investment Akhirat jangan sesekali lupa!!! moh kita berdakwah dan mendidik! Tegakkan Syiar Islam … (ecewah, semangat mak hari ni ..Alhamdulillah)…

IMG_1538

“Usai Solat Maghrib, Kakak Aalaa’ dan Abang ‘Auf mengaji dengan Daddy” (sila abai seluar pendek Si Abang ‘Auf ekekekek :p)

Till then i see you…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s